Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Remaja hancur tiga jari di tangan kanan selepas terkena mercun bola di Kampung Bukit Panau, Tanah Merah, semalam.

Nik Redzuan Azman, 17, hancur di jari telunjuk, hantu dan manis, dalam kejadian 3.30 petang.

Sebelum itu mangsa dikatakan bermain mercun bersama adiknya di rumah jiran.

Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Tanah Merah sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZII) untuk rawatan lanjut.

Ibu mangsa, Engku Aznah Engku Ismail, 45, berkata ketika kejadian dia berada di rumahnya sebelum dimaklumkan oleh seorang lagi anaknya.

"Pada mulanya saya tidak percaya namun kemudian saya terima panggilan telefon dari hospital, pada kira-kira 6 petang. Saya terus ke hospital.

“Anak saya kemudian dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di HRPZ II, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Jun 2016 @ 2:09 PM