KEADAAN Toyota Wish yang terbakar. FOTO Rosli Ilham


Dungun: Lima beranak kelam-kabut menyelamatkan diri selepas kereta mereka naiki terbabit kemalangan sebelum terbakar di Kilometer 58 Jalan Jerangau-Jabur, dekat Felda Jerangau, petang ini.

Dalam kemalangan kira-kira 4.15 petang itu, Totoya Wish dipandu Mohd Nor Mat Salleh, 50, dari arah Kuantan menuju Hulu Terengganu dikatakan terbabas selepas melalui satu selekoh tajam di lokasi kejadian.

Berikutan itu, kereta dinaiki keluarga terbabit yang berasal dari Ajil, Hulu Terengganu itu terhumban ke dalam longkang sebelum terbakar.

Anak Mohd Nor, Mohd Zulkarnain, 19, patah tangan kanan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Jerangau Felda untuk rawatan lanjut, manakala isterinya, Normaliza Sulaiman, 48, serta dua lagi anak Mohd Zaki, 23 dan Mohd Zafran, 9, hanya cedera ringan.

Ketua Polis daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Jun 2016 @ 6:33 PM