MURID dari Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Klang yang menyertai Pertandingan Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan 200 Tahun Pendidikan Bahasa Tamil di SEGi College, Subang Jaya.
MURID dari Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Klang yang menyertai Pertandingan Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan 200 Tahun Pendidikan Bahasa Tamil di SEGi College, Subang Jaya.
Suraya Roslan dan Muhammad Saufi Hassan


Subang Jaya: Biarpun berlainan bahasa ibunda namun ia bukan penghalang bagi sekumpulan murid Melayu untuk menyertai Pertandingan Bahasa Tamil, malah komited untuk mempelajari bahasa berkenaan.

Jelas, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan sangat bertepatan tatkala melihat senario murid Melayu dan Cina mampu bertutur dan mengeja dalam bahasa Tamil.

Halangan berbahasa itu tidak menjadi alasan buat murid berkenaan untuk terus mempelajari bahasa itu dan rata-rata mereka menyatakan minat untuk mendapatkan kelas formal bagi Bahasa Tamil.

Bagi Norliyana Amani Amir Hamzah, 11, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa, Klang turut menyatakan hasrat sama iaitu ingin mempelajari bahasa Tamil secara formal.

Walaupun pasukan sekolahnya hanya berjaya layak sehingga ke separuh akhir dalam pertandingan berkenaan namun ia sudah cukup bermakna.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2016 @ 5:40 AM