Anggota bomba berusaha mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam kereta. - Foto Ihsan Bomba
Keadaan kereta Proton Wira yang bertembung dengan treler di Tatau, Sarawak, pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
Mohd Rizal Abdullah


Tatau, Sarawak: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan treler membawa muatan besi paip di Kilometer 6 Jalan Tatau-Sibu di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5.15 pagi itu, Bail Unyah,26 yang memandu kereta Proton Wira dan Alexander Jembu Taga, 25, penumpang kereta berkenaan, terbunuh di tempat kejadian.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) Deputi Superintendan Alexson Naga berkata, mangsa yang dari arah Sibu, kenderaan mangsa hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan treler.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang tersepit, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berkenaan tidak cedera.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat sebelum diserah kepada ahli keluarganya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2016 @ 1:36 PM