Penduduk sekitar Taman Tun Dr Ismail berkumpul di Taman Rimba Kiara membantah projek pembinaan apartmen di taman rekreasi terbabit. - Foto SAIRIEN NAFIS
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Kuala Lumpur: Lebih 1,000 penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) berkumpul secara aman di Taman Rimba Kiara, pagi tadi, membantah projek pembinaan apartmen di taman rekreasi terbabit.

Mereka mula berkumpul pada 11 pagi sebelum berarak membawa pelbagai poster dan sepanduk mendesak taman rekreasi berkenaan dikekalkan.

Pengerusi Persatuan Penduduk TTDI Abd Hafiz Abu Bakar berkata, pihaknya membantah projek pembinaan apartmen sembilan blok mengandungi 2,200 unit di tapak taman itu kerana memberi kesan negatif kepada penduduk setempat.

"Taman rekreasi ini tumpuan penduduk kawasan TTDI untuk beriadah dan ia tidak seharusnya dijadikan kawasan pembangunan komersil.

"Kami sama sekali tidak bersetuju dan mahu projek ini dibatalkan" katanya ketika ditemui.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2016 @ 1:39 PM