RAJA Zarith Sofiah (dua kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Rooshaimi Merican A Rahim Merican (kanan). FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mencemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Pengurniaan Bungkusan Hari Raya kepada Pesakit Hospital Kerajaan dan Penghuni Rumah Kebajikan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini.

Ia membabitkan sumbangan bernilai RM523,969 daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bagi meringankan beban 6,027 golongan sasaran sempena Ramadan.

Hadir menyampaikan replika cek sumbangan, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abd Mutalip Abd Rahim.

Sumbangan berkenaan diserahkan kepada tiga wakil rumah kebajikan dan 12 pengurusan hospital dari seluruh negeri ini.

Hadir sama, Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsudin; Penasihat MAIJ, Datuk Nooh Gadut; Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, Kamarudin Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, Mohd Rofiki Shamsuddin.

Permaisuri Johor juga meluangkan masa kira-kira setengah jam menziarahi sekumpulan pesakit yang menjalani rawatan di HSI sebelum berangkat pulang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2016 @ 6:25 PM