BECA yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan pembaca
Nur Saliawati Salberi


Melaka: Remaja maut selepas beca dikayuhnya terbabit dalam kemalangan dengan pacuan empat roda (4WD) di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Melaka Sentral, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 8.20 malam itu, mangsa, Aziz Abdullah, 17, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berniaga di bazar Ramadan.

Jurucakap polis berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila beca dikayuh mangsa dan pacuan empat roda terbabit dari arah Melaka Sentral ke Semabok bergesel sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa yang cedera dibawa ke hospital bagaimanapun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, 5.30 pagi tadi.

"Siasatan lanjut mengenai kejadian sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang melihat kejadian diminta untuk tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2016 @ 6:19 PM