FOTO arkib NSTP
FOTO arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling


Shah Alam: Solat Sunat Aidilfitri bagi Selangor ditetapkan pada 8.30 pagi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, penyelarasan itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan kepada jemaah dan ketidakseragaman waktu solat di antara masjid dan surau di negeri ini.

Katanya ketetapan itu diharapkan dapat memberi ruang dan masa yang cukup untuk umat Islam hadir ke masjid dan surau sebelum solat sunat didirikan.

"Kepada seluruh umat Islam di Selangor, JAIS mengambil kesempatan menasihat dan mengingatkan supaya menyambut Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan serta mengeratkan hubungan silaturahim serta saling ziarah menziarahi kaum keluarga.

"Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dengan ucapan Taqabballahu minna waminkum. Semoga Allah menerima segala amalan kita di bulan Ramadan,"katanya ketika ditemui, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2016 @ 11:30 PM