Peralatan pecah rumah dan senjata yang dirampas daripada penjenayah. FOTO ihsan PDRM
Peralatan pecah rumah dan senjata yang dirampas daripada penjenayah. FOTO ihsan PDRM
Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuching: Polis tahan dua lelaki yang terbabit dalam jenayah pecah rumah dalam serbuan di kawasan Batu Tujuh, Kota Sentosa, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, suspek berusia 29 dan 42 tahun ditahan kira-kira 11 malam selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan pecah rumah dan parang daripada suspek.

"Siasatan lanjut tidak menolak kemungkinan suspek turut melakukan kes pecah rumah di sekitar Padawan dan Kota Samarahan.

"Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan polis juga sedang mengenal pasti kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Julai 2016 @ 10:45 AM