FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Taiping : Seratus empat puluh pengguna yang menggunakan lorong kecemasan sepanjang Ops Khas Aidilfitri bakal ke mahkamah.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa JPJ Perak, Muhammad Kifli Mahassan,

berkata pihaknya mula mengeluarkan saman segera tanpa kompaun kepada pesalah jalan raya yang menggunakan laluan kecemasan.

Katanya, tindakan itu dilakukan sepanjang operasi bermula di seluruh Perak, sejak 29 Jun lalu.

Menurutnya, sehingga 2 Julai lalu, 140 saman dikeluarkan kepada pesalah jalan raya.

"Mereka bakal dikenakan hukuman denda maksimum RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali," katanya ketika ditemui selepas meninjau operasi khas yang di KM3 Jalan Simpang-Taiping, di sini, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Julai 2016 @ 9:14 AM