Nor Akmar Samudin


Dalam pada krisis yang melanda Sanjay Dutt, ada pula dalam kalangan mereka benar-benar gembira sepanjang berlangsungnya IFFA 2016 di Madrid, Sepanyol.

Mereka ialah pasangan pengantin baru Bipasha Basu dan Karan Singh Grover. Mereka seperti belangas, ke mana saja pergi sentiasa berdua-duaan dan berpegangan tangan. Jika ada yang beranggapan pasangan yang bercinta akan berubah selepas berkahwin, tetapi nampaknya Bipasha dan Karan masih terus berada dalam suasana romantik.

Menurut sumber, Bipasha sentiasa berada di sisi suaminya dan mereka juga mengambil peluang itu bersiar-siar di sekitar Madrid seperti sedang berbulan madu.

“Mereka datang ke sidang akhbar berdua, ditemu bual bersama dan berjalan di karpet hijau juga berdua. Mereka memang sedang dilamun cinta,” kata sumber itu.

Bipasha juga membuat kenyataan, “kami adalah pasangan terbaik di sini (Madrid) dan dunia kami tidak akan lengkap tanpa satu sama lain.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Julai 2016 @ 5:02 AM