FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Seorang wanita berusia 57 tahun maut selepas terperangkap dalam rumahnya yang terbakar di Taman Putra Indah, Bercham, di sini, pagi ini.

Dalam kejadian jan 8.30 pagi itu, mangsa, V Ahlamal ditemui tidak sedarkan diri di ruang makan rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.53 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh bergegas ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres jenis satu tingkat yang terbakar lebih 50 peratus dan mangsa dijumpai tidak sedarkan diri di ruang makan.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi pemadaman masih dijalankan manakala punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Julai 2016 @ 10:51 AM