FOTO Mohd Shafik Zainol Abidin
FOTO Mohd Shafik Zainol Abidin
Mohd Shafik Zainol Abidin


Alor Gajah: Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) maut tersepit selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Jelatang, Alor Gajah, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa Mohd Fazli Idris, 36, yang memandu Perodua Kancil maut di tempat kejadian manakala pemandu Proton Wajahanya cedera.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Tampin ke Alor Gajah manakala Proton Waja dipandu lelaki berusia 52 tahun datang dari arah bertentangan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Waja.

"Akibatnya mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal akibat parah di beberapa bahagian badan," katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudian di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Julai 2016 @ 2:02 PM
Digital NSTP Subscribe