ANTARA rumah yang rosak selepas dilanda ribut Selasa lalu. FOTO arkib NSTP


Kuala Nerus: Kerajaan negeri peruntukkan lebih RM200,000 untuk membaiki beberapa rumah penduduk yang rosak dilanda ribut di sembilan kampung di Manir, pada Selasa lalu.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerja membaiki rumah rosak itu akan disegerakan kerana ada yang terpaksa menggunakan ruang dapur untuk berteduh.

Menurutnya, kebanyakan rumah terbabit rosak atap dan dinding dalam kejadian 4.30 petang itu.

"Berdasarkan maklumat kita, 215 rumah mengalami kerosakan tetapi kira-kira 80 peratus sudah dibaiki sendiri pemiliknya.

"Kerajaan negeri simpati dengan nasib mereka dan akan membantu menyegerakan bantuan membaiki rumah penduduk itu," katanya.

Ahmad Razif berkata demikian ketika ditemui selepas hadir di majlis Hari Raya Alumni KOMSTAR di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2016 @ 2:59 PM