KENDERAAN yang terbalik di Jalan Kionsom Bambangan Baru, Inanam. FOTO ihsan Bomba
KENDERAAN yang terbalik di Jalan Kionsom Bambangan Baru, Inanam. FOTO ihsan Bomba
Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: Lelaki parah manakala tiga lain cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik ketika menuruni bukit di Jalan Kionsom Bambangan Baru, Inanam, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi itu, mangsa Mohd Alif Jasni, 20, parah di beberapa anggota badan termasuk muka selepas dikatakan terhumban keluar ketika kemalangan berlaku.

Difahamkan sebelum kejadian, Mohd Alif bersama sembilan lagi keluarganya termasuk dua bayi perempuan berusia antara 1 bulan hingga 49 tahun dalam perjalanan dari Kota Kinabalu, beraya di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, sistem brek kenderaan gagal berfungsi menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Perhubungan Awam Malaysia (JBPM) negeri Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.41 pagi.

"Tujuh wanita dan tiga lelaki termasuk dua bayi serta seorang kanak-kanak berada dalam kenderaan tersebut.

"Empat daripada mereka cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2016 @ 4:44 PM