Skip this ad x
AHMAD Zahid bersama isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis beramah mesra dengan orang ramai . FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Malaysia dan Indonesia saling berkongsi maklumat terutama bagi mengekang kemungkinan kemasukan lebih 300 pengikut ulama radikal Indonesia Abu Bakar Bashir yang dikhabarkan akan dibebaskan dari penjara di Indonesia tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan Indonesia turut memandang serius perkara itu terutama apabila undang-undang anti-keganasan bakal dibahaskan di Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia tidak lama lagi.

"Kita juga berkongsi pelbagai bentuk maklumat yang bersama dengan Interpol di mana maklumat itu juga dikongsi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis Indonesia.

"Dalam pada itu, Jabatan Imigresen Malaysia dan Indonesia juga saling bertukar maklumat terutama dalam bentuk cap jari atau biometrik bagi memastikan mereka yang dibebaskan itu tidak terlepas ke negara ini dan seterusnya mempengaruhi mereka yang tersedia terpengaruh dengan proganda militan Daish di Malaysia," katanya ketika ditemui media pada Majlis Hari Raya Aidilfitri di Sri Satria di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2016 @ 7:32 PM