POLIS memeriksa motosikal yang dipercayai dicuri. FOTO Rosli Ilham


Dungun: Lapan pemuda ditahan dan tiga motosikal disita polis dalam operasi membanteras samseng jalan raya di daerah ini, pagi tadi.

Operasi selama enam jam berakhir 6 pagi itu turut merampas sebuah motosikal dipercayai dicuri dan menahan seorang lelaki berusia 23 tahun di Kampung Sungai Buaya, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Mohamad Zohan Seman berkata, 35 pegawai dan anggota polis terbabit dalam operasi itu.

Menurutnya, kesemua samseng jalan raya yang ditahan itu berusia lingkungan 20-an.

"Operasi berkenaan diadakan dalam usaha untuk membanteras kegiatan samseng jalan raya termasuk aktiviti mencuri motosikal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2016 @ 8:27 PM