NOR Azrina meriba Nur Syawana Ramiyah sambil memerhatikan Nur Irsalina Salawani.
Mohd Khidir Zakaria


Nilai: Hati ibu mana yang tidak pilu melihat penderitaan ditanggung dua anak kecil orang kurang upaya (OKU) berusia dua bulan dan tujuh tahun.

Namun bagi Nor Azrina Natalia Abdullah, 39, dia menguatkan diri dan tabah menjaga kedua-dua anak perempuan istimewanya itu dengan baik meskipun berdepan masalah kesihatan dan kewangan.

Dua daripada enam anaknya, Nur Irsalina Salawani Mohd Asri berusia tujuh tahun mengalami masalah saraf dan tidak boleh berjalan sejak lahir manakala Nur Syawana Ramiyah berusia dua bulan disyaki menghidap Sindrom Down.

Nor Azrina berkata, dia reda sekiranya anak bongsunya disahkan menghidap penyakit itu, namun buntu memikirkan kos rawatan yang perlu ditanggung untuk memastikan tahap kesihatan bayinya itu baik.

Katanya, suaminya, Mohd Asri Abdullah, 36, bekerja di sebuah kilang di sini dengan pendapatan RM1,000 sebulan manakala dia tidak bekerja kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap anaknya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2016 @ 5:25 AM