GAMBAR hiasan.
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Suspek kesembilan yang terbabit dalam kes pembunuhan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri, Bill Kayong ditahan di sebuah restoran di Jalan Bendahara di sini, semalam.

Pasukan siasatan khas polis menahan lelaki berusia 27 tahun itu pada 6 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan itu.

"Polis akan membuat permohonan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Miri pagi ini.

"Setakat ini polis sudah menahan sembilan suspek dan siasatan masih dijalankan.

"Kita jangkakan akan menghantar kertas siasatan lengkap ke Timbalan Pendakwaraya bagi proses pendakwaaan dalam minggu ini," katanya.

Bill Kayong ataupun nama Islamnya, Mohd Hasbie Abdullah mati ditembak di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasar raya E-Mart pada pagi 21 Jun lalu.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa maut di tempat kejadian akibat terkena tembakan di leher menggunakan senapang patah.

Bill Kayong meninggalkan seorang balu, Hasyikin Hatta, 41, dan dua anak iaitu Zinedine Zidane, 17, dan Veralyvina, 14.

Berita berkaitan:

Cari dalang

Pasukan khas siasat kes bunuh Bill Kayong

Setiausaha PKR Miri mati ditembak [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2016 @ 10:27 AM