MOHD Hazil Reza bertanyakan kepada penumpang cara pemandu bas dinaiki mereka mengendalikan kenderaan itu. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
MOHD Hazil Reza bertanyakan kepada penumpang cara pemandu bas dinaiki mereka mengendalikan kenderaan itu. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
ANTARA kenderaan yang diperiksa. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
ANTARA kenderaan yang diperiksa. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi dan Nur Raidah Awang


Taiping : Berikutan kemalangan bas merempuh 10 kenderaan di Ipoh, Ahad lalu, pihak polis mengambil tindakan terus bertanyakan penumpang sama ada pemandu bas memandu secara berhemah atau sebaliknya ketika operasi, awal pagi tadi.

Ketua Trafik Unit Penguatkuasaan Peronda Lebuh Raya(EMPV) Zon Utara Bukit Aman, Asisten Superintendan Mohd Hazil Reza Mohd Ghazali berkata, tindakan itu dibuat bagi memudahkan pihaknya mengenal pasti pemandu yang memandu cara berbahaya dan cuai.

Katanya, maklum basal daripada penumpang amat penting berikutan tindakan daripada mereka itu memudahkan tugas pihak berkuasa selain dapat menyelamatkan nyawa mereka sendiri.

"Dalam operasi yang membabitkan pemeriksaan kenderaan perdagangan dua bas dan tiga lori dikesan memandu secara merbahaya iaitu melebihi had laju yang ditetapkan.

"Sebanyak 30 bas dan 70 buah lori diperiksa dan daripada jumlah itu 35 saman dikeluarkan iaitu lima kesalahan memandu laju, 20 kesalahan muatan tidak kemas manakala selebihnya adalah kesalahan tiada lesen memandu dan lesen kenderaan motor tamat tempoh.

"Dalam ops ini juga pihak kami menahan dua lori berikutan pemandunya tidak memiliki lesen memandu,"katanya kepada pemberita pada sidang media selepas operasi khas yang diadakan di kawasan Rehat dsn Rawat (R&R) Bukit Gantang menghala Selatan, awal pagi tadi.

Mohd Hazil Reza berkata, setiap pemandu bas dan lori termasuk kelindan diwajibkan menjalankan ujian air kencing dimana ianya penting bagi mengesan pemandu yang memandu di bawah pengaruh dadah sekaligus membahayakan nyawa orang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2016 @ 12:02 PM