Ismail Sabri pada sidang media hari ini. FOTO Noor Atiqah Sulaiman
Ismail Sabri pada sidang media hari ini. FOTO Noor Atiqah Sulaiman
Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Seramai 47,418 pekebun kecil dan penoreh getah sudah menerima Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah (BKKH 2016) sebanyak RM500 seorang daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berdasarkan rekod sehingga 5 Julai lalu.

Berikutan itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS (LATAS) Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa, kerajaan gagal menunaikan janji membayar bantuan berkenaan.

Menurutnya, sehingga tempoh berkenaan, RISDA menerima 190,583 permohonan membabitkan 163,061 pekebun kecil dan 27,522 penoreh getah.

"Daripada 190,583 permohonan, seramai 84,754 daripadanya layak dibayar bantuan berkenaan.

"Baki permohonan dalam proses semakan untuk memastikan pemohon memenuhi syarat kelayakan ditetapkan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2016 @ 4:55 PM