ANGGOTA polis memeriksa mayat lelaki ditemui di Jalan Bukit Tok Alang. FOTO Zulfa Mohamad
ANGGOTA polis memeriksa mayat lelaki ditemui di Jalan Bukit Tok Alang. FOTO Zulfa Mohamad
Oleh Zulfa Mohamad


Tasek Gelugor: Orang awam menemui mayat lelaki dipercayai warga asing dibuang dalam longkang berhampiran ladang getah di Jalan Bukit Tok Alang, 5.30 petang tadi.

Ketika ditemui mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu dibungkus menggunakan kain pelikat.

Sumber polis berkata, mangsa dipercayai mati di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan itu.

Berdasarkan keadaanya yang sudah berbau dan mereput mayat berkenaan dipercayai dibuang di kawasan itu sejak empat hingga lima hari lalu sebelum ditemui orang awam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 8:46 PM