X
Keadaan kereta MyVi yang musnah terbakar. - Foto Ihsan Bomba
Keadaan kereta MyVi yang musnah terbakar. - Foto Ihsan Bomba
Farah Suhaidah Othman


Slim River : Dua lelaki dan dua perempuan berdepan detik cemas selepas kereta Perodua Myvi dinaiki terbakar selepas terbabas di Kilometer 371.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian 9.45 pagi itu, mangsa berusia 20-an hanya cedera ringan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River Pegawai Bomba Kanan II Yussli Abd Latif berkata, pihaknya menerima pada 9.50 pagi dan anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati keempat-empat mangsa sudah selamat daripada kebakaran kerana sempat keluar dari kenderaan yang terbakar hampir 80 peratus.

“Bomba mengambil masa kira-kira dua minit untuk memadamkan kebakaran itu,”  katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Keempat-empat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.

Pix : Kenderaan mangsa

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2016 @ 5:46 PM