Rossi bersaing dengan Marquez pada salah satu perlumbaan MotoGP.FOTO autosport.com
Rossi bersaing dengan Marquez pada salah satu perlumbaan MotoGP.FOTO autosport.com
AFP

Sachsenring: Legenda MotoGP Valentino Rossi tiba di litar Sachsenring untuk Grand Prix Jerman Ahad ini bermatlamat menghidupkan peluang kejuaraan selepas terbabas di Assen.

Pencarian gelaran ke-10 pelumba Itali itu dan ketujuh dalam MotoGP menerima tamparan hebat pada GP Belanda apabila pelumba Yamaha berusia 37 tahun itu gagal mencengkam.

Nasib malang itu menyusul selepas motosikalnya mengalami kerosakan enjin di Mugello menyaksikan Rossi tercicir di belakang Marc Marquez dalam kejuaraan dengan 42 mata malah memiliki jurang 18 mata di belakang juara bertahan dan rakan sepasukan Jorge Lorenzo.

Rossi pelumba bukan memacu Honda yang terakhir menang di Sachsenring pada 2009 menyedari kegagalan hujung minggu ini akan menjejaskan peluangnya untuk meraih gelaran dunia MotoGP dalam tempoh tujuh tahun.

"Saya benar benar mahu kembali bersaing di trek," kata Rossi, yang memenangi gelaran pertamanya pada 1997 sewaktu Marquez baru berusia empat tahun.

"Kami pantas dan saya selesa dengan motosikal YZR-M1 dan tayar Michelin. Saya sukar litar ini dan saya akan cuba memastikan prestasi terbaik untuk menjadikan perlumbaan Ahad ini menarik."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Julai 2016 @ 3:49 PM