ADIKA Herry memasang jerat tekukur.
ADIKA Herry memasang jerat tekukur.
Mohd Amin Jalil


Seremban: Persatuan Warisan Seni Tekukur Malaysia (PWSTM), Geng Cinema Tekukur Merbuk Malaysia (GCTM) dan Kelab Mentari (KM) antara tiga pertubuhan dianggotai peminat tekukur dan paling aktif di negara ini.

Difahamkan, setakat ini lebih 20,000 peminat tekukur dan merbuk dari seluruh negara menjadi ahli ketiga-tiga pertubuhan berkenaan.

Presiden GCTM Adika Herry Hasan berkata, keanggotaan ahli kelab semakin bertambah dari semasa ke semasa, sekali gus menunjukkan bilangan peminat terhadap aktiviti burung tekukur dan merbuk semakin meningkat.

Katanya, GCTM adalah medan perkongsian yang dibentuk bersama pencinta seni tekukur dan merbuk untuk bertukar pendapat, pengalaman, hasil karya dan mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

“Ia merangkumi bidang seni luas termasuk seni pembelaan, seni pembuatan sangkar, jebak, peralatan memikat, peralatan mempertahankan diri, perhiasan dan lain-lain lagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2016 @ 9:18 AM