KHAIRUL mara separuh akhir Kejohanan Olahraga Remaja Dunia.
KHAIRUL mara separuh akhir Kejohanan Olahraga Remaja Dunia.
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Pelari 100 meter negara Khairul Hafiz Jantan melepasi halangan pertama apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Bydgoszcz, Poland sekali gus mengulangi pencapaian bekas atlet pecut negara Azmi Ibrahim pada 1994.

Bagaimanapun, episod berbeza menyelubungi seorang lagi wakil negara, Badrul Hisyam Abdul Manap apabila hanya 0.01 saat memisahkannya untuk mengikut jejak Khairul.

Khairul, 18, menamatkan saingan saringan kedua di tempat kedua dengan catatan 10.44 saat, manakala Badrul yang beraksi pada saringan keempat, menduduki tempat kelima dengan 10.66s.

Catatan itu menyaksikan Khairul berkedudukan tempat kesembilan daripada 24 peserta layak ke separuh akhir dengan Badrul yang berada di kedudukan ke-25, gagal meneruskan cabaran.

Bagi Khairul, pencapaian itu sesuatu yang menggembirakan, namun menganggap cabaran belum berakhir dan dia akan berusaha untuk merealisasikan impian mara ke final.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2016 @ 8:26 AM