KHAIRUL Hafiz Jantan. FOTO arkib NSTP
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Impian pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan untuk melakarkan sejarah baru mara ke saingan akhir acara 100 meter di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Bydgoszcz, Poland tidak kesampaian.

Khairul sekadar merekodkan 10.58 saat untuk berada di tempat terakhir dari lapan peserta dalam saringan ketiga, awal pagi tadi.

Kegagalan Khairul itu menyaksikan cabaran atlet negara di kejohanan remaja dunia itu dalam acara trek berakhir selepas Badrul Hisyam Abdul Manap (100m) dan Mohd Rizzua Muhammad dalam acara 110m lari berpagar terkubur di peringkat saringan semalam.

Kini harapan disandarkan kepada R Kirthana yang akan beraksi dalam padang menerusi acara lompat kijang wanita yang akan berlangsung esok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2016 @ 9:52 AM