MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan pembaca
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Daro: Lelaki maut selepas motosikalnya dirempuh pacuan empat roda di Jalan Semop, berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Semop, Pulau Bruit, di sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa Husain @ Husin Rosli, 59, maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Pegawai Turus Trafik Sarawak, Deputi Superintendan Alexson Naga berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa membelok secara mengejut menyebabkan pacuan empat roda dari arah bertentangan tidak mengelak dan merempuhnya.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian manakala pemandu pacuan empat roda berusia 29 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2016 @ 4:48 PM