Rozita terpaksa tolak banyak tawaran untuk anaknya Aaisyah. FOTO NSTP
Rozita terpaksa tolak banyak tawaran untuk anaknya Aaisyah. FOTO NSTP
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pelakon Rozita Che Wan mendedahkan terpaksa menolak lebih 10 tawaran daripada beberapa produk tempatan dan antarabangsa yang mahu melantik anaknya Aaisyah Dhia Rana, 2, menjadi duta.

Rozita yang mesra disapa Che Ta, 43, berkata, dia mempunyai alasan kukuh untuk berbuat sedemikian selain soal bayaran.

"Tidak dinafikan Aaisyah mendapat banyak tawaran menjadi duta produk sejak lahir lagi. Malah ada dalam tempoh setahun itu saya menolak lebih daripada 10 tawaran. Saya tidak boleh main ambil saja sebaliknya perlu meneliti banyak perkara.

"Saya menitikberatkan soal komitmen produk itu, jadual kerja saya dan bayaran. Jika semuanya okey, saya anggap itu adalah rezeki anak saya," katanya.

Terbaru Aaisyah dilantik menjadi duta rangkaian produk mandian organik bayi dan kanak-kanak.

Menurut Che Ta, pelantikan anaknya itu adalah yang pertama untuk tahun ini selepas beberapa produk tahun lalu.

Che Ta yang juga pelakon drama Kak Marr berkata, anaknya itu juga lebih menyukai beg tangan dan kasut berbanding alat permainan kanak-kanak atau gajet.

"Saya tidak mendedahkan Aaisyah dengan gajet kerana bimbang ia boleh memberi kesan kepada penglihatannya. Apa yang saya perasan, dia lebih tertarik dengan beg tangan dan kasut.

€œJika saya membawanya ke kedai alat permainan, dia tidak menunjukkan sebarang minat, tetapi jika kebetulan saya masuk kedai beg, dia memberikan reaksi berbeza," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2016 @ 8:21 PM