DAMON seronok bekerjasama dengan pengarah terbaik kerana banyak perkara boleh dipelajari.
Michelle Gun


Persetujuan Paul Greengrass kembali mengarahkan filem Jason Bourne turut membuat Matt Damon berminat untuk beraksi semula dalam siri kelima kisah pengintipan itu yang akan menemui peminat di pawagam seluruh negara pada 28 Julai ini.

Selepas membintangi siri pertama The Bourne Identity (2002), The Bourne Supremacy (2004) dan The Bourne Ultimatum (2007), Damon mengambil keputusan untuk menarik diri dari filem The Bourne Legacy pada 2012.

Ketika ditemui di Tayangan Perdana Jason Bourne di Sydney baru-baru ini, pemilik nama sebenar Matthew Paige Damon itu menjelaskan keinginannya untuk bekerjasama dengan Greengrass menyebabkan dia bersetuju untuk kembali beraksi sebagai Bourne.

“Pengalaman berlakon di bawah arahan Greengrass dalam dua siri Jason Bourne lalu mendedahkan saya dengan banyak perkara baru.

“Sejak itu, saya menetapkan hanya akan membawa watak Jason Bourne sekiranya filem terbabit diarahkan Greengrass.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Julai 2016 @ 5:05 AM