FARKHAN dijulang selepas muncul juara.
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Peninju profesional negara Muhamad Farkhan Haron melakar sejarah tersendiri dalam dunia tinju profesional negara, sekali gus berjaya membuka mata banyak pihak yang sebelum ini memandang remeh impiannya untuk bergelar peninju profesional.

Farkhan menewaskan peninju Indonesia Elly Pangaribuan untuk menjadi peninju pertama negara merangkul tali pinggang Majlis Tinju Asia (WBC) kategori cruiserweight, gelaran paling berprestij dalam arena tinju profesional di peringkat Asia.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2009 dan perak di Sukan SEA 2011 itu menewaskan Elly secara ‘technical knockout’ (TKO) dengan rekodnya kini 2-0-0.

Bagi anak jati kelahiran Johor itu, kemenangannya banyak didorong Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Syukur Alhamdulillah atas kemenangan ini. Kemenangan ini begitu bermakna yang akan menjadi batu loncatan untuk saya terus mengorak langkah dalam bidang profesional.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Julai 2016 @ 7:53 AM