TIMBALAN Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan diiringi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Datuk Ab Aziz Abdullah (belakang, tiga kiri) bersamah mesra dengan sebahagian pendidik ketika hadir perasmian Taklimat Khas Pengurusan Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Bandar Baru Tunjong di sini. FOTO Zaman Huri Isa

Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Semua guru dan tenaga pengajar diminta mengawal emosi sebelum memberi hukuman kepada pelajar untuk mengelakkan sebarang kecederaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata, kawalan emosi sangat penting kerana pelajar mempunyai banyak ragam yang perlu difahami.

"Guru tidak sepatutnya mencederakan pelajar dan mencari jalan penyelesaian terbaik termasuk membuat perbincangan dengan ibu bapa berhubung kaedah yang digunakan sekolah.

"Mereka disaran menggunakan kaedah proaktif mengikut garis panduan Kementerian Pendidikan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Taklimat Bersama Pengetua dan Guru Besar sekolah negeri Kelantan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung kejadian seorang pelajar tingkatan tiga sekolah menengah di Tanah Merah yang cedera di leher selepas ditampar sebanyak tiga kali oleh seorang guru.

Kejadian Selasa lalu, pelajar berkenaan, Nur Syahida Zulkifli, 15, yang mengalami masalah saraf dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan dibenarkan keluar hospital semalam.

Kamalanathan berkata, kes itu sudah selesai selepas perjumpaan di antara ibu bapa dengan JPN, pihak sekolah dan guru berkenaan.

"Saya nasihatkan supaya pihak sekolah dan pihak berkenaan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana kes itu sudah selesai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Julai 2016 @ 12:17 PM