YULIA Efimova. FOTO Getty Images.
AFP

Moscow: Perenang Russia Yulia Efimova (gambar) muncul atlet pertama akan membuat rayuan selepas diharamkan daripada bertanding pada temasya Sukan Olimpik Rio bulan depan kerana doping.

Tiga belas atlet individu Russia setakat ini dilarang bertanding pada Olimpik Rio, tujuh perenang, dua atlet angkat berat, seorang penggusti dan tiga pendayung, selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) enggan mengharamkan penyertaan seluruh kontinjen negara itu.

Dalam satu daripada keputusan sukar dalam sejarahnya, IOC membiarkan setiap persekutuan sukan antarabangsa untuk memutuskan penyertaan atlet Russia selepas mereka didakwa melakukan penipuan besar-besaran mengenai doping.

Keputusan itu, yang hadir selepas bukti siasatan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) mengenai sistem penipuan dadah yang didokong kerajaan Russia, menyebabkan dunia sukan berbalah serta wujud dakwaan pemimpin Olimpik “lembik.”

Badan dunia renang FINA menggantung tujuh perenang Russia kelmarin, menjadikannya persekutuan antarabangsa pertama menjatuhkan hukuman.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2016 @ 7:55 AM