MULA mengenali antara satu sama lain sejak enam tahun lalu.
MULA mengenali antara satu sama lain sejak enam tahun lalu.
Sudirman Mohd Tahir


Dua hari lagi pelakon Ika Nabella bakal menamatkan zaman bujangnya apabila dia bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan jejaka pilihannya, Muhammad Zaid Aznam, 29, Sabtu ini.

Ika mengakui makin berdebar menanti hari bersejarah itu selepas hampir enam tahun berkawan dengan jejaka itu.

“Pada mulanya saya tak berasa gementar, tetapi apabila saudara-mara dan rakan-rakan memberi ucapan tahniah, debaran itu semakin dirasai. Dalam masa sama perasaan itu bercampur teruja kerana nak melangkah ke fasa baru dalam hidup.

“Apabila bersetuju untuk berkahwin, saya sudah dapat membayangkan bagaimana kehidupan berumah tangga itu. Pendek kata, saya bersedia memikul tanggung jawab sebagai isteri.

“Walaupun selama ini saya menjadikan ibu bapa sebagai rujukan utama, selepas ini rutin itu berbeza. Setiap keputusan saya perlu berbincang dengan suami dan menjadikan dia sebagai keutamaan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2016 @ 7:34 AM