Skip this ad x
1. SEBELUM memulakan solekan, sapukan First Energy Serum di seluruh wajah.
2. SAPUKAN bedak kusyen BB di seluruh kulit wajah.
3. OLES Lip Tint dengan rona merah jambu pada bibir.
4. SAPUKAN penggaris mata di hujung kelopak dan bawah mata.
5. PAKAI maskara, Big Eye Mascara (Volume).
6. UNTUK membentuk kening, gunakan pensel bulu kening (Natural Cake Eyebrow Kit).
7. UNTUK tampak lebih manis, akhiri dengan pemerah pipi warna semula jadi (Vivid Touch Blusher).
Yusliza Yakimir Abd Talib


Korea boleh dianggap sebagai hala tuju fesyen dan kecantikan masa kini dengan kemunculan pelbagai jenama yang popular dan semakin menempa nama di peringkat antarabangsa.

Tidak ketinggalan di Malaysia, namakan saja perkara berkaitan negara itu baik dari segi produk kosmetik, penjagaan diri hingga dunia hiburan, ia bukan sesuatu yang asing buat peminatnya.

Penampilan atau kecantikan di Korea ternyata perkara yang amat dihargai dan dijaga. Sebahagian besar khususnya wanita Korea amat menyukai solekan yang memberi kesan lebih semula jadi pada penampilan mereka.

Maka, tidak hairan cara menggunakan solekan semula jadi ala Korea sudah menjadi inspirasi masyarakat dunia terhadap kelembutannya tanpa menggunakan solekan yang tebal, tetapi tetap terlihat cantik dan menawan.

Solekan semula jadi ala Korea sinonim dalam mengetengahkan warna pastel. Warna ini menampilkan kesan sederhana, tapi tetap menonjolkan kecantikan wajah wanita.

Misalnya, mengoles bibir menggunakan warna semula jadi seperti merah jambu membuatkan wajah kelihatan lebih muda.

Menerima jemputan Mamonde, jenama penjagaan kulit gergasi kosmetik Korea, Amore Pacific, baru-baru ini, media didedahkan dengan penemuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilakukan pada pelbagai jenis bunga yang digunakan dalam rumusan semua produk Mamonde.

Media dari Malaysia turut berkesempatan menyaksikan sendiri dan merasai sifat terapeutik bunga-bungaan, menyediakan makanan tradisi Korea menggunakan bunga, sentuhan fizikal bunga-bungaan di Taman Mamonde, menyaksikan demonstrasi oleh Mamonde mengenai teknologi bunganya di Pusat R&D yang terletak di Osan Beauty Campus, Gyeonggi-do, Korea Selatan.

Selain itu, kelas solekan menggunakan rangkaian produk Mamonde oleh jurumekap profesional Amore Pacific turut diadakan dan banyak tip serta cara menarik mengenai solekan ala Korea dapat disaksikan dengan jelas.

Selain produk penjagaan diri, Mamonde turut menawarkan alat kosmetik yang begitu mudah disaou termasuk bedak kusyen BB yang sangat popular di Korea dan antarabangsa.

Menariknya, antara produk utama yang dibangunkan dari Taman Mamonde iaitu First Energy Serum dan First Energy Essence dengan tapaian secara semula jadi cuka bunga honeysuckle selama setahun memberikan kesan antipengoksidaan untuk kulit yang sihat dan lembut turut digunakan sebagai penyegar sebelum mengenakan solekan.

Dengan keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia menyebabkan kulit mudah kering, First Energy Serum dan First Energy Essence dapat membantu mengekalkan hidrasi pada kulit walaupun dengan solekan.

Tampil semula jadi dengan solekan ringkas ala artis Korea, jurusolek profesional dari Amore Pacific menunjukkan langkah ringkas mengenakan solekan semula jadi menggunakan produk jenama itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2016 @ 11:44 AM