DJ Koh pada pelancaran  telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note7 di New York hari ini. FOTO Badrila Jamlus
DJ Koh pada pelancaran telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note7 di New York hari ini. FOTO Badrila Jamlus
Daripada Badrila Jamlus


New York: Samsung Electronics Co Ltd terus menerajui pasaran telefon pintar dunia apabila memperkenalkan telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note7 yang tampil dengan beberapa ciri inovatif terbaru di sini, hari ini.

Majlis pelancarannya di adakan di Manhattan Center Studios, Manhattan di sini, pada jam 11 pagi waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Presiden Perniagaan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics,

DJ Koh berkata, Galaxy Note7 menggabungkan produktiviti dan hiburan dengan ciri keselamatan yang kukuh.

Beliau berkata, ia adalah peranti yang ideal bagi mereka yang mahukan sebuah peranti yang berprestasi tinggi dalam kegunaan seharian.

"Kehidupan kini bergerak lebih pantas dan kami mencipta telefon ini untuk membantu pengguna menyelesaikan sesuatu perkara dengan lebih mudah dimana-mana sahaja pada bila-bila masa.

"Note7 yang mempunyai siri S Pen yang dipertingkatkan membolehkan pengguna menaip nota atau melakar apa saja dengan lebih tepat malah boleh berkongsi animasi GIF menerusi ciri Smart Share," katanya pada majlis pelancaran gilang gemilang Galaxy Note7 yang dihadiri ribuan media di sini.

Telefon berkenaan yang akan tiba dipasaran Malaysia bermula 19 Ogos ini akan dijual pada harga RM3,199. Pra tempahan model itu secara dalam talian boleh dilakukan bermula dari 8 hingga 10 Ogos 2016 dengan hanya 4,000 unit ditawarkan.

Hadir sama Naib Presiden Samsung Electronics Malaysia Sdn Bhd, Lee Jui Siang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Ogos 2016 @ 11:28 PM