Seorang lelaki mengunci tali anjingnya pada pokok bunga di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas dilarang membawa masuk haiwan peliharaannya ke dalam bangunan mahkamah. - Foto Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seorang lelaki 60-an yang dihalang memasuki perkarangan mahkamah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, kerana membawa anjing menjadi berang apabila anjingnya itu diarah ditinggalkan di luar perkarangan mahkamah.

Lelaki itu yang sedang memeluk anjingnya diminta pegawai wanita di kaunter pertanyaan supaya membawa keluar haiwan berkenaan dari lobi mahkamah.

Lelaki itu yang kelihatan tidak berpuas hati dengan arahan pegawai mahkamah, keluar dari bangunan mahkamah dan mengunci tali anjingnya pada pokok bunga di hadapan pintu masuk mahkamah.

Kejadian 3.30 petang itu menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang di situ apabila anjing berkenaan menyalak selepas tuannya masuk ke dalam bangunan mahkamah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2016 @ 12:42 AM