NANA bersama Hefny.

Pasti ramai yang tidak asing dengan nama bekas penyampai stesen radio Era FM, Nana Mahazan.

Personaliti yang digilap bakatnya daripada program Akademi Fantasia musim pertama (AF1) ini masih mempunyai ramai peminat setianya hingga sekarang.

Walaupun AF1 sudah lama berakhir, ternyata Nana masih menjadi pilihan penerbit stesen TV untuk mengacarakan program Diari AF pada tahun lalu.

Terbaru, Nana diberi kepercayaan mengendalikan program hiburan Pop TV yang bersiaran di TV9 bersiaran 17 April lalu.

Nana juga tidak bersendirian kerana turut digandingkan dengan pengacara berbakat, Hefny Sahad.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2016 @ 5:03 AM