NEELOFA bakal mengerjakan ibadah Haji bersama ibu bapanya. FOTO Najiy Jefri
NEELOFA bakal mengerjakan ibadah Haji bersama ibu bapanya. FOTO Najiy Jefri
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pengacara dan pelakon popular, Neelofa memaklumkan dia bakal mengerjakan ibadah Haji bersama ibu bapanya pada 5 September depan.

Neelofa, 27, berkata, dia tidak menyangka hasratnya untuk ke Tanah Suci tercapai dalam masa sesingkat ini.

"Alhamdulillah impian saya untuk membawa ibu bapa menunaikan Haji tercapai.

"Saya terkejut dan teruja apabila disahkan mendapat tempat untuk menunaikan haji tahun ini. Insya-Allah kami akan ke Makkah pada 5 hingga 20 September ini," katanya, hari ini.

Menurut Neelofa, sebelum ini dia sudah mengerjakan umrah sebanyak dua kali.

"Saya sedar dugaan dan ujian ketika menunaikan haji akan lebih mencabar.

“Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan mendapat keberkatan Ilahi," katanya.

Tambah Neelofa, antara doa yang ingin dipanjatkan ketika mengerjakan haji nanti adalah dipertemukan jodoh secepat mungkin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2016 @ 2:48 PM