KEADAAN tenang di deretan rumah kedai dua tingkat lokasi kejadian.
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Suasana tenang di deretan rumah kedai dua tingkat di Taman Desa Taming Sari, Sungai Udang, di sini, pagi semalam, bertukar kecoh apabila seorang lelaki dalam keadaan bogel meracau dan mengamuk secara tiba-tiba.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi, gelagat lelaki berusia 32 tahun dan berasal dari Kuantan, Pahang, itu mencemaskan orang ramai kerana risau perlakuannya yang di luar kawalan itu boleh memudaratkan dirinya sendiri atau individu berhampiran.

Orang ramai bersama seorang rakannya yang juga anggota tentera bertugas di sebuah kem berhampiran kemudian menenangkan lelaki terbabit, sebelum keadaan kembali terkawal.

Terdahulu, pada malam sebelum kejadian, lelaki itu yang difahamkan baru saja tiba di negeri ini bermalam di tingkat atas bangunan rumah kedai berkenaan.

Selepas mendengar bunyi bising, orang awam yang menyangka berlaku pergaduhan ke tingkat atas rumah kedai itu bagi melakukan pemeriksaan sebelum dikejutkan dengan keadaan lelaki itu tanpa seurat benang sedang meracau dan mengamuk.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 7:34 AM