Biotropics lari daripada kebiasaan.


Sebuah aplikasi, Haji-Umrah yang ditaja Biotropics Malaysia Berhad (Biotropics) kini sedia dipindah turun pengguna yang memberikan maklumat praktikal dan interaktif berdasarkan bahan rujukan dari Tabung Haji.

Kandungan dalam aplikasi dirujuk kepada pihakBahagian Bimbingan Jabatan Haji bagi memastikan maklumat selari mengikut Mazhab Imam Shafie.

Ia membantu para jemaah mengingati semula ibadah rukun dan wajib di samping perkara sunat yang perlu dibuat ketika berada dalam sesuatu tempat, contohnya ketika jemaah mengerjakan tawaf dan saie.

Selain itu, ia memudahkan pengurusan mutawif, sebagai contoh, dapat mengumpulkan kumpulan jemaah pada tempat yang ditetapkan mengikut jadual yang diaturkan.

Kehidupan rutin di Makkah dan Madinah boleh dijalankan dengan mudah kerana terdapat maklumat mengenai lokasi hospital, hotel, restoran dan pusat membeli-belah dicari dengan hanya menekan cari kemudahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 6:16 AM