MAHU atur jadual dengan bijak agar waktu tidak terbuang begitu saja.

Mengakui dirinya agak terlewat membabitkan diri dalam bidang seni, Mia Ahmad, 28, kini menghargai masa senggangnya. Ketika ini jadual hariannya padat sehingga tiada masa untuk berehat.

Rancak menjalani penggambaran drama bersiri Cerita Ramadan Hazim untuk slot RTM, Mia kini sentiasa mencari peluang untuk memanjakan diri.

“Saya akui jadual penggambaran sangat padat. Tak sangka pula rezeki dalam lakonan semakin melimpah ruah sehingga masa begitu cepat berlalu.

Setiap masa yang saya ada sangat berharga untuk dimanfaatkan. Jika dulu saya leka dengan kehidupan sehingga tidak pandai mengatur jadual harian.

“Andai tahu minat saya lebih terarah kepada lakonan, pasti saya membabitkan diri dalam bidang ini lebih awal,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 6:57 AM