Telefon edisi khas memudahkan atlet sukan Olimpik kekal berhubung.
Telefon edisi khas memudahkan atlet sukan Olimpik kekal berhubung.
myMetro

Kuala Lumpur: Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) memperkenalkan edisi khas telefon pintar Samsung Galaxy S7 Edge bertema sukan Olimpik Rio 2016 yang membawa sedikit penambahan kandungan dan rekaan unik.

Menerusi pengenalan ini juga, Samsung mengumumkan menawarkan lebih 12,500 Galaxy S7 Edge Olympic Games Limited Edition dan Gear IconX kepada atlet yang menyertai Olimpik Rio 2016.

Ini memudahkan mereka kekal berhubung dan berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan.

Hadir bersama telefon pintar itu adalah aplikasi rasmi Rio 2016 yang dibangunkan bersama Samsung yang menawarkan kemas
kini semasa sukan Olimpik.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna melalui Google Play Store. Galaxy S7 Edge edisi khusus Olimpik hadir dengan rekaan logo Olimpik pada bahagian belakang, selain menggunakan warna berbeza bertemakan Olimpik pada bahagian butang dan juga speaker.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 7:27 AM