Alia ditemui orang ramai 3 petang tadi.
Alia ditemui orang ramai 3 petang tadi.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Subang Jaya: Polis meminta waris budak perempuan berusia 5 tahun yang dijumpai di kawasan USJ 2, 3 petang tadi tampil ke Balai Polis USJ 8, di sini, untuk mengambil kanak-kanak berkenaan.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Alia itu ditemui orang awam di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, orang awam yang menemui kanak-kanak itu membawanya ke Sekolah Kebangsaan Seafield sebelum diserahkan kepada polis.

"Budak perempuan itu dilaporkan sesat selepas dia gagal mencari jalan pulang selepas tamat sesi persekolahan.

"Waris atau individu yang mengenali kanak-kanak ini diminta tampil ke Balai Polis USJ 8, "katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 4:19 PM