Azizah mendedahkan ada aktiviti mencampur air ketum dengan susu kultur sehingga menyebabkan ketagihan. FOTO Ezairi Shamsudin
Aizat Sharif


Padang Besar: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis mengesan penjual air ketum dan penagih dadah di negeri itu mencampurkan air berkenaan dengan susu kultur sebagai penyedap rasa.

Pengarah AADK Perlis, Azizah Ahmad berkata, susu kultur digunakan sebagai menambah kemanisan air ketum sehingga menyebabkan ketagihan.

“Perkara itu dikesan pada Jun lalu berdasarkan risikan ketika kita melaksanakan operasi mencegah penyalahgunaan dadah.

“Terdapat sebuah kampung di Perlis yang didapati memproses air ketum€™ yang dicampur dengan minuman susu kultur itu,”€ katanya kepada pemberita pada Sidang Media Ops Cegah 2016 di Pejabat AADK Perlis Utara di Beseri, di sini, hari ini.

Menurutnya, susu kultur itu dijadikan penyedap rasa kerana air ketum pahit.

“Bagi membolehkan penagih air ini meminumnya dengan senang, mereka mencampurkannya dengan susu kultur itu yang mempunyai pelbagai perisa,” katanya.

Azizah berkata,€ buat masa ini, pihaknya masih mengkaji dengan teliti mengenai kesan air ketum campuran susu kultur ini untuk jangka masa panjang.

Katanya, air ketum dicampur susu kultur dijual dengan harga RM3 hingga RM4 sebungkus

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 5:19 PM