X
Menggunakan telefon bimbit bermain Pokemon GO ketika memandu boleh membahayakan pemandu dan pengguna jalan raya lain.
Menggunakan telefon bimbit bermain Pokemon GO ketika memandu boleh membahayakan pemandu dan pengguna jalan raya lain.
BERNAMA

Labuan: Polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang bermain ‘Pokemon Go’ ketika memandu dan boleh dikenakan denda RM300.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Persekutuan Senior Asisten Komisioner Datuk Mahamad Akhir Darus berkata, menggunakan telefon bimbit ketika memandu untuk bermain Pokemon GO boleh membahayakan pemandu dan pengguna jalan raya lain.

“Kami ingin mengingatkan pemandu supaya tidak mengundang bahaya diri sendiri dan pengguna jalan raya lain dengan bermain ‘Pokemon Go’ ketika memandu kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan serta boleh menyebabkan kemalangan.

"Menggunakan telefon ketika memandu adalah kesalahan, termasuk sekiranya didapati memegang telefon dan menggunakan aplikasi WhatsApp ketika menunggu di lampu isyarat (untuk bertukar hijau)," katanya selepas merasmikan kursus penggunaan alat Evidential Breath Analyser selama empat hari di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 8:15 PM