RAZAK (dua dari kiri) menyampaikan piala kepada pasukan Paya Dalam FC.
RAZAK (dua dari kiri) menyampaikan piala kepada pasukan Paya Dalam FC.
Oleh Mohamad Yatim Latip

Melaka: Pasukan Paya Dalam FC muncul juara Pertandingan Futsal Gerakan Belia 4B Cawangan Solok Gaung di Gelanggang Futsal Taman Seri Duyong, Duyong, baru-baru ini.

Pasukan Budak Duyong FC kedua manakala Tambak Paya FC ketiga untuk membawa pulang medal dan hadiah iringan.

Sembilan pasukan menyertai pertandingan ini sekali gus memperlihatkan pembabitan aktif golongan belia di negeri ini khususnya sukan futsal.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Gerakan Belia 4B Kawasan Bukit Katil Razak Abu Hasan.

Hadir sama, Pengerusi Program yang juga Ketua Belia 4B Cawangan Solok Gaung Ahmad Abd Aziz.

Pertandingan bermula pada jam 7 pagi hingga 12 tengah hari itu mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan belia tempatan.

Razak berkata, pertandingan itu secara tidak langsung mampu mencungkil bakat baru belia yang boleh diketengahkan.

“Kita bercadang menjadikan pertandingan ini sebagai program tahunan pada masa akan datang berikutan sambutan diterima agak memberangsangkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 5:08 AM