TAUFIQ.
TAUFIQ.
Najiy Jefri


Sebelum ini kehadiran Taufiq Hanafi dipandang sepi, namun selepas membintangi filem Ola Bola segala-galanya berubah apabila mendapat perhatian khalayak.

Taufiq berkata, watak Abu dalam filem itu meninggalkan impak besar sehingga dirinya mula mendapat kepercayaan ramai pengarah dan penerbit.

“Alhamdulillah, lima tahun berada dalam bidang ini saya masih diperlukan walaupun sekadar bawa watak tambahan.

“Terus terang, filem Ola Bola adalah permulaan yang baik buat saya. Sejak membintangi filem ini, rezeki saya semakin murah apabila ditawarkan menjayakan beberapa filem dan telefilem,” katanya.

Meskipun watak yang ditawarkan itu kecil dia tidak pernah berkecil hati kerana percaya setiap karakter mempunyai kekuatan tersendiri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2016 @ 6:07 AM