Rio de Janeiro: Pelajar dari Belgium Nafissatou Thiam (gambar) meraih emas acara heptatlon dengan atlet berusia 21 tahun itu menguasai acara 800 meter untuk mengatasi juara bertahan dari Britain, Jessica Ennis-Hill.

Selepas dua hari persaingan, Nafissatou melangkah ke acara akhir dengan kelebihan 142 mata iaitu bersamaan dengan kelebihan sembilan saat.

Jessica berusaha keras menguasai perlumbaan namun Nafissatou berusaha keras hanya untuk ketinggalan tujuh saat di belakang, satu saat mengatasi catatan perbadi terbaik dan cukup untuknya menggenggam emas.

“Saya masih lagi tidak percaya. Saya tidak datang untuk memburu pingat. Saya tidak fikir mengenainya,” kata Nafissatou.

“Saya langsung tidak menjangkakan perkara ini - mungkin dalam kedudukan lapan terbaik tapi bukan emas.

“Dalam acara 800m saya hanya cuba untuk tidak melepaskan Jess terlalu jauh. Saya fikir saya boleh melakukannya 2:15 atau 16 dan tidak membiarkan dia pergi terlalu jauh. Saya fikir hidup saya akan berubah, saya masih di universiti jadi mungkin saya perlu membuat keputusan,” katanya.
- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 11:32 AM