POLIS mengawal di lapangan terbang. FOTO AFP


New York: Polis bertindak mengosongkan sebuah terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy berikutan laporan berlaku tembakan.

Pihak berkuasa Lapangan Terbang berkata, mereka menerima laporan mengenai kejadian tembakan di Terminal 8 berhampiran kawasan berlepas sekitar 9.30 malam (9.30 pagi waktu Malaysia).

Jabatan Polis New York dipanggil untuk membantu.

Bagaimanapun, tidak ada laporan mengenai kecederaan atau tangkapan dibuat.

Polis berkata, mereka tidak dapat mengesahkan sama ada berlaku tembakan. Mereka mengosongkan kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Tidak lama kemudian, polis berkata, mereka menutup Terminal 1 selepas menerima laporan lain mengenai tembakan dilepaskan.

Tidak ada maklumat lain diterima. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 11:38 AM